Komposisi tentera Pertempuran_Haldighati

Terdapat kecenderungan yang dirasai oleh para cendekiawan untuk menggambarkan pertempuran ini sebagai konflik agama antara Hindu dan Islam. Namun, sumber-sumber jelas menyatakan terdapat tentera Pratap yang merupakan tentera upahan Muslim. Dalam pertempuran ini, Man Singh mempunyai 4,000 pahlawan yang berasal daripada puaknya, 1,000 pahlawan Hindu dari puak lain dan 5,000 tentera daripada angkatan Mughal. Walaupun artileri Mughal terletak berhampiran, ia tidak mengambil bahagian dalam pertempuran ini oleh kerana bentuk muka bumi yang boleh menghalang Man Singh daripada menuju ke posisi yang disasarkan. Tentera Mughal juga mempunyai pasukan kavalri ditambah dengan tentera bergajah dan tentera bersenapang.

Sementara itu, Pratap mempunyai 3,000 kavalri, 500 orang pemanah dan bilangan gajah yang tidak diketahui.